Keutamaan Fadilah dan Khasiyat Surat Al Baqarah

Artikel terkait : Keutamaan Fadilah dan Khasiyat Surat Al Baqarah

Surah al baqarah dan khasiatnya

Diantara keutamaaan surah Al baqarah sebagaimana di jelaskan oleh Rasulullah SAW:

1.Rumah yang didalam dibacakan surah Al baqarah tidak akan dimasuki syaitan
Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Muslim dan An-Nasa-I meriwayatkan dari Suhail bin shalih, dari ayahnya, dari abu hurairah bahawa Rasulullah SAW  bersabda :
“ Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kuburan,sesungguhnya rumah yang di bacakan Surah Al Baqarah tidak akan dimasuki syaitan “ 

At tirmidzi mengatakan : hadis ini hasan sahih
"Syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah"

Hadis riwayat An-Nas-I dalam kitab al-yaum wa al-lailah
Abdullah bin Mas’ud mengatakan : Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah Al baqarah iaitu ayat ;

  • Surah Al baqarah ayat 1-5
  • Ayat kursi dan 2 ayat berikutnya
  • Surah Al Baqarah ayat 284-286

Maka syaitan tidak akan masuk kerumahnya pada malam itu.
Dalam satu riwayat lain disebutkan bahawa dia dan keluarganya tidak akan didekati syaitan dan apa yang dibencinya (binatang buas seumpamanya). Dan tidaklah ayat ini jika dibacakan kepada orang gila akan membuatkannya sadar.

Dari Abdullah bin Mas’ud, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :
“ Semoga aku tidak mendapatkan salah seorang daripada kamu meletakkan salah satu kakinya diatas kaki yang lain sambil menyanyi dan meninggalkan surah Al Baqarah tanpa membacanya, sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan surah Al baqarah. Sesungguhnya rumah yang paling kosong adalah rumah yang kosong dari kitab Allah ( Al-Quran ) “

2.Malaikat bersama dengan orang yang membaca surah Al baqarah
Ini merupakan salah satu fadilah, kasiyat dan  kelebihan surah Al baqarah kepada pembacanya. Al Bukhari meriwayatkan dari Al-laits, dari yazid bin Al-Haad, dari Muhammad bin Ibrahim, dari Usaid bin Hudhair :
“ Pada suatu malam dia membaca surah Al-Baqarah sementara kudanya ditambat dekat dengannya. Tiba-tiba kudanya itu pun berputar-putar. Ketika Usaid berhenti membaca, kudanya itu pun kembali tenang. Kemudian Usaid membacanya kembali dan kudanya itu pun  kembali bergerak dan berputar-putar. Tatkala dia berhenti membaca, kudanya kembali diam. Kemudian dia membacanya lagi, kudanya itu pun bergerak dan berputar-putar. Maka dia pun berhenti membacanya sedangkan puteranya  Yahya berada dekat kuda tersebut. Oleh kerana berasa takut dan kasihan kuda itu akan menginjak anaknya, dia pun mengambil anaknya sambil melihat ke langit dan dia melihat satu bayangan putih ( berkelip-kelip ) sampai dia tidak melihatnya lagi. Ketika pagi, dia pun menceritakan hal tersebut kepada Rasulullah SAW. Rasulullah bersabda :
“Wahai putera Hudhair, baca terus” Dia menjawab “ Ya Rasulullah, aku merasa takut karena Yahya berada dekat dengan kuda tersebut. Kemudian aku mengangkat kepalaku dan melihat ke langit, tiba-tiba aku melihat seperti suatu bayangan yang mirip lampu-lampu. Setelah itu aku keluar rumah dan melihatnya sampai aku tidak melihatnya lagi.” “Tahukah engkau apa itu “ Tanya Rasulullah. “ Tidak “ Jawabnya. Beliau pun bersabda “ Itulah malaikat yang mendekatimu untuk mendengar suara bacaanmu. Seandainya kamu terus membacanya  (sampai pagi ), niscaya pagi ini manusia akan dapat melihatnya tanpa terhalang.

3.Mendapat syafaat ketika di padang mahsyar.
Surah Al baqarah dan surah Al- Imran dipanggil surah az-Zahrawain yang apabila dibaca akan mendapat syafaat di padang mahsyar kelak.  Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Umamah, dia berkata:
“ Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: “ Bacalah Al-Quran kerana Al-quran itu akan memberi syafaat kepada pembacanya di Akhirat kelak. Dan bacalah az-Zahrawain iaitu Surah Al-Baqarah dan Ali’-Imran, kerana kedua surah itu akan datang pada hari kiamat, seolah-olah keduanya bagai sekelompok awan, atau payung yang menaungi, atau dua kelompok burung yang mengembangkan sayapnya. Keduanya akan membela pembacanya di hari kiamat. “

4.Penangkal dari sihir
Kemudian beliau bersabda lagi “ Bacalah Al-Baqarah karena membacanya akan mendatangkan berkah dan meninggalkanya berarti penyesalan. Dan para tukang sihir tidak akan sanggup menjangkaunya ( si pembaca )” Kedua hadis diatas juga diriwayatkan oleh Muslim dalam kitabnya As-shalah.

Dalam sahih bukhari dan muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah membaca kedua-dua surah itu dalam satu rakaat.

Imam Ibnu Zanjawai dari Imam Wahab ibn Munabih menyatakan:
"Barangsiapa membaca Surat Baqarah dan Ali Imran pada malam Jumaat maka baginya nur cahaya membentang antara Arsy dan dasar bumi."

Imam al-Baihaqi dari Imam Shalshal berkata:
"Barangsiapa membaca Surat Baqarah maka dipakaikan kepadanya mahkota disyurga."


5.Doa Terkabul dengan sebab Surat Al Baqarah
Ibnu Abbas r.a. bercerita: Pada suatu ketika Malaikat Jibrail berada disisi Nabi Muhammad s.a.w. , tiba-tiba terdengar suara dari atas, maka ia mengangkat kepalanya dan berkata: "Ini sebuah pintu dilangit, pada hari ini dibuka dan turun seorang malaikat memberi salam dan berkata:
 "(Bergembiralah dengan dua cahaya penerangan yang diberikan oleh Allah s.w.t. kepadamu dan belum pernah diberikan kepada seseorang Nabi sebelum kamu iaitu: fatihul kitab dan akhir surah al-baqarah. Tiada engkau membaca suatu huruf daripadanya melainkan pasti permintaanmu diberi)."
(Riwayat Muslim)

6.Untuk perlindungan dari segala kejahatan:
Abu Mas'ud Albadri r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda;
"Barangsiapa membaca dua ayat dari surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat :sama dengan bersembahyang malam)."
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Artikel Dakwah & Motivasi Islam Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2015 Dakwah & Motivasi Islam | Design by Bamz